Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-­maranya hidup melarat; berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); kokokan kokok: ~ ayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokok I

Puisi
 

Hari hampir dinihari,
     Kokok ayam ganti-berganti;
Aku duduk seorang diri,
     Air mata gugur kanan kiri.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kokok berderai-derai,
     ekor bergelumang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.

 

Lihat selanjutnya...(3)